Serlahkan Kecantikan Rambut Dengan 6 Ekstrak Terbaik

Loreal_4

Kejelitaan dan wanita memang tidak dapat dipisahkan apatah lagi jika seseorang itu dikurniakan rambut cantik, sihat dan bersinar, semestinya ia akan menarik perhatian semua orang disekeliling bukan? Rambut yang beralun, lembut persis sutra mampu membuat pemilik aset tersebut kelihatan sungguh anggun dan menawan.

Rambut merupakan pelengkap gaya dan mencerminkan keperibadian seseorang, disebabkan itu maka tidak hairanlah mengapa rambut selalu diibaratkan sebagai makhota wanita yang amat berharga. Rambut yang tidak bermaya, kusam tidak terurus akan mempengaruhi keyakinan diri sang pemilik.

L’oreal Paris memperkenalkan rangkaian inovasi produk terbaru dari jenamanya, L’oreal Paris Elseve 6 Oil Nourish. Loreal_2

Produk-produk dari rangkaian ini amat istimewa dan unik disebabkan formula yang digunakan menggabungkan 6 ekstrak minyak terbaik untuk memberikan 100% nutrisi kepada kulit kepala dan rambut menjadikan rambut 2X lebih lembut. Ekstrak yang dimaksudkan ini terdiri dari argan, soya, bunga matahari, bunga ros, bunga chamomilla dan bunga teratai Setiap ekstrak minyak ini, mempunyai keistimewaan tersendiri yang amat berguna untuk kesihatan rambut seperti berikut;

Argan ·      membantu menguatkan rambut
Soya ·      memperbaiki pertumbuhan rambut menjadikan ia lebat dan sihat
Bunga matahari ·      bertindak membantu melembutkan dan melicinkan rambut
Bunga ros ·      mempunyai nutrisi yang membuatkan rambut sihat bersinar
Bunga chamomilla ·      membuatkan rambut mudah untuk diuruskan
Bunga teratai ·      memberikan kelembutan luar biasa kepada rambut

Penjagaan kulit kepala dan rambut nyata tidak diabaikan dengan Elseve 6 Oil Nourish dan Conditioner kerana gabungan padu antara 6 ekstrak ini menghasilkan formula yang membuatkan enam kelebihan ketara kepada rambut iaitu menjadikan rambut lebih kuat, lebat, bersinar, lebih licin, lembut serta yang paling penting, mudah untuk diuruskan, tiada lagi masalah rambut berminyak dan terasa berat. Hebat bukan?

Loreal_3

Bagi mendapatkan kesan yang lebih menawan, adalah disyorkan supaya menggunakan Elseve 6 Oil Nourish Shampoo dan Conditioner bersama produk baru dari rangkaian Elseve Extraordinary Oil iaitu Elseve Extraordinary Oil for Dry and Damaged Hair (Brown). Ekstrak minyak pelbagai guna no. 1 dari Loreal Paris ini bukan sahaja ringan dan tidak meningggalkan kesan berminyak, malah mempunyai kuasa serapan tinggi dan mampu menembusi rambut dengan segera bagi memberikan nutrisi kesuburan serta melindungi rambut dengan hebat. Rambut seperti diberi nafas baru dengan kehalusan dan kelembutan teksturnya serta sinar dan kilauan yang dihasilkan persis mutiara.

Loreal_1

Terdapat pelbagai cara untuk mengoptimumkan penggunaan Extraordinary oil ini antaranya- menggunakannya sebelum bersyampu atau perapi bagi mengembalikan khasiat rambut serta kulit kepala bagi penyediaan rambut sebelum di basuh, melumurkan minyak ini ke atas rambut yang lembap (towel dry hair) mahupun ke atas rambut yang kering (sebelum blow dry) untuk memberikan perlindungan kepada rambut serta memastikan ia cantik, sihat dan kekal bersinar sepanjang hari.

Produk ini bukan sahaja mempunyai khasiat yang amat istimewa untuk penjagaan kulit kepala dan rambut anda, malah ia juga didatangkan dengan pembungkusan menarik dan struktur botol yang mudah untuk dikendalikan. Harga yang ditawarkan juga amat kompetitif standing dengan khasiat yang ditawarkan dan buat pertama kalinya L’oreal Paris melalui rangkaian 6 Oil Nourish menawarkan harga yang sama untuk produk syampu dan perapi. Kedua-duanya ditawarkan pada harga yang disyorkan iaitu RM10.90 untuk 170ml dan RM15.90 untuk 330ml.

Adalah menjadi impian kami agar semua dapat memiliki rambut yang cantik, lebat, sihat dan bersinar. Bagi merealisasikan impian ini, kami amat mengesyorkan anda mencuba rangkaian produk 6 Oil Nourish dari L’oreal Paris Elseve ini. Makhota wanita harus sentiasa dibelai agar ia sentiasa menambahkan aura positif kepada diri anda. Jadi janganlah bertangguh untuk mendapatkan produk dari L’oreal Paris Elseve ini di kedai Guardian yang berhampiran.

facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail