Garnier x Guardian, Beli Sambil Beramalcoporate web visual Guardian-01

Garnier Malaysia akan mengadakan program ‘Beli Sambil Beramal’ dengan kerjasama Guardian Health and Beauty Sdn. Bhd. dan iM4U dari bulan Mei hingga Jun 2016.

Mengapa kerjasama dengan Guardian dan iM4U?

Ini adalah kerana Guardian mempunyai antara rangkaian farmasi yang terluas di Malaysia dengan lebih 400 cawangan jadi dapat berhubung dengan pelbagai jenis lapisan masyarakat. iM4U pula mempunyai saluran yang terluas terhadap golongan belia di Malaysia melalui aktiviti-aktiviti sukarelawan yang memberi pelbagai manfaat kepada masyarakat negara ini. Kerjasama ini dapat memberi impak yang tinggi kepada masyarakat dari segi meluaskan lagi ilmu tentang penjagaan kulit kepada golongan belia.

Bagi setiap pembelian produk Garnier Pure Active atau Garnier Men AcnoFight di mana-mana farmasi Guardian di seluruh Malaysia, satu produk pembersih muka 100ml akan disumbangkan kepada rumah-rumah kebajikan terpilih dan sukarelawan yang bertugas dalam kerja amal yang terpilih oleh iM4U. Kos produk-produk sumbangan tersebut akan dibiayai oleh Garnier Malaysia dan Guardian. Pemberian produk-produk sumbangan tersebut akan berlangsung mulai bulan Ogos oleh iM4U dan mereka yang menerima produk-produk ini juga akan diberikan sedikit taklimat tentang cara-cara penjagaan kulit yang betul.

facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail